Home Bike Review Modification Riding Guide Event


Rabu, 29 September 2010

Nasihat Daripada BikeTrader





                                 10 PERKARA PEMANDU BERODA 4 PATUT TAHU TENTANG MOTOSIKAL.Idea

         Moto ni lagi senang nak elak berbanding kereta atau lori. Tapi rider sendiri pon mesti ambil safety measures sendiri. Pemandu jalan raya pon sama,kena sentiasa peka dengan motosikal yg bergerak di sekeliling nya.Ni ada sedikit tips apa yg patut dijangka tentang motosikal.

1. Ada banyak motosikal atas jalanraya ni. Dan sesetengah pemandu ni tak sedar akan penunggang motosikal (kebiasaannya secara tidak sengaja).Next time,kalau nk check traffic ketieka membelok,tengok dulu kot2 ada motosikal nak lalu.Exclamation

2. Disebabkan kebanyakkan motosikal kat Malaysia ni size S dan M,moto ni nampak lagi jauh dari jarak sebenar. So susah nak agak berapa kelajuan sebenar mereka. Jadi kalau nk buat traffic checking,nak masuk junction or kluar junction ke,mana mana la,set kat kepala otak yg moto ni sebenarnya lagi dekat dari pandangan kita. kan ada tulis kat side mirror kereta,the object in mirror maybe closer.(sikit2 macam tu la)

3. kerana size kecil die juga,motosikal ni senang tersembunyi di blind spot kereta macam pintu kereta,atau pon dilindungi oleh objek2 dan background di luar kereta macam pokok dan pagar. Jadi ambil extra moment untuk check traffic 360 darjah. Sama ada nak tukar lane ataupon masok simpang.

4. Moto ni lagi laju dari apa yg kita igt. Tapi jgn assume semua rider tu speed demons.nod

5. Motosikal ni kebiasaannya perlahan secara lepas throttle atau turun gear...sebab ada yg malas guna brek. So lampu brek belakang tu x menyala,jadi cuba increase jarak di antara kereta anda dengan motosikal di depan. dalam 3 atau 4 saat. Benda ni slalu terjadi di traffic light.

6. signal,motosikal punya signal lain dari kereta,tidak ada self cancelling macam kereta.So biasanya,(biasa beginner) terlupa nak switch off signal.Terutama selepas masuk corner atau tukar lane.

7. Motosikal biasanya selalu adjust position di antara lane untuk orang lain lebih nampak atau sedar kehadiran mereka, dan juga meminimizekan kesan road debris,kenderaan lebih laju, dan angin. Bear in mind that rider2 ni banyak adjust motosikal mereka di atas jalan ada sebab, bukan nak show off atau cuai.

8. Manueverability is one of motorcycles better charachteristics. Lagi2 ketika perlahan atau keadaan jalan raya yg kelas pertama. Tapi jangan ingat semua penunggang motor boleh elak semua benda.

9. Jarak ketika berhenti motosikal hampir sama dengan kereta, tapi jalan yg licin kadang2 lagi susah nak brek. Macam biasa jarakkan kenderaan di belakang motosikal kerana tak semua motosikal boleh berhenti dengan cepat.

10. Terakhir,bila nampak ada motosikal di atas jalan raya,ingat bahawa yang bergerak tu bukan motosikal sahaja,tapi juga manusia.Heart

Harap semua perkara di atas sedikit sbnyak boleh membantu kita semua.Thank you dan Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
just ke-lick at me